Posts

Di antara Langit dan Bumi

Salam ke atas mu, yang berada di antara langit dan bumi. Perkongsian kali ini adalah mengenai “Alam Zara” atau erti kata lainnya Kayangan, lokasi kerajaan bunian yang diakui sahih. Info serba sedikit aku ambil dari keterangan Bentara Tujuh. Alam zara terletak di antara langit dan bumi, tiada cahaya matahari dan mempunyai kelembapan yang tinggi dan ia disinari dengan cahaya bunian itu sendiri. Bunian dikatakan bersifat cahaya sedangkan jin, iblis dan syaitan pula bersifat api. Sejauh mana kebenarannya? Aku akan huraikan beberapa perbandingannya di sini. Sewaktu aku kecil, ulangtahun aku yang ke-4. Aku dihadiahkan sebuah buku cerita yang bertajuk “Bumi dan Langit”. Mengisahkan seorang anak muda kampung yang terjumpa sekumpulan wanita bersayap bersiram di anak air sebuah denai. Setelah selesai bersiram, mereka pun mengibaskan sayap dan terbang kembali ke langit. Dan salah seorang daripada mereka jatuh cinta pada pemuda itu. Maka terjadilah perkahwinan di antara manusia dan orang k...

Cinta Penunggu Gunung

Salam ke atas keturunan Mala, bangsa gunung, suku yang hilang. Tulisan kali ini tentang kisah Ratu Bunian, penunggu puncak Gunung Ledang, Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah namanya a.k.a Puteri Gunung Ledang. Seorang Puteri dari Kerajaan Jawa yang melarikan diri kerana ketika itu Kerajaan Majapahit mulai jatuh akibat diserang Kerajaan Demak. Sedikit petikan Jawa dari lagu Asmaradana dendangan Datin Sri Tiara, ost PGL yang berbunyi : “Gegarane wong akrami, dudu bondo dudu rupo, amung ati pawitane..” Maksudnya : “Rahsia pernikahan, bukan harta benda bukan rupa, hati yang menjadi pemacu-pemacu pernikahan diukur keamatannya..” Kerajaan Majapahit sebuah kerajaan Hindu-Budha. Raden pula adalah nama dari keturunan Jawa. As always, sejarah Melayu ada banyak versi ada yang diakui kesahihannya, ada juga yang sudah bercampur mitos. Sekarang aku nak bandingkan beberapa versi. Yang pertama, ramai menentang jalan cerita Filem PGL 2004 yang dibintangi Datin Sri Tiara dan Dato’ M....

Ulek Mayang dan 7 Puteri

Salam merentas dimensi. Tulisan kali ini adalah tentang Lagenda Ulek Mayang dan Tujuh Puteri. Mitos atau benar?   Umum tahu yang Lagenda Ulek Mayang berasal dari Negeri Terengganu. Ulek Mayang ni dikaitkan dengan semangat laut. Pada zaman dahulu, ketika nelayan-nelayan belayar, kerap menemukan 7 Puteri bersaudara di lautan. Ada versi yang mengatakan mereka (7 Puteri) menyerupai duyung, ada pula yang mengatakan mereka ni persis puteri-puteri raja.   Rata-rata mengatakan 7 Puteri ini terkenal dalam bidang perubatan tradisional. Mereka membantu bomoh untuk memulihkan penyakit. Bahkan sehingga kini masih ramai pengamal perubatan tradisional yang menggunakan khidmat Puteri.   Semangat laut ini dalam erti kata mudahnya jembalang air. Banyak kes yang terjadi seperti kanak-kanak yang lemas di laut, jasadnya hilang dan tak dikembalikan. Tapi mereka sebaliknya. 7 Puteri ini terkenal dengan sifat mereka yang suka membantu orang-orang yang sedang dilanda musibah d...

Bangsa Jin dan Bunian

Salam ke atasmu. Tidak aku kenali dirimu, kau juga tidak mengenali aku. Tapi kita serupa, makhluk yang berjasad dan bernyawa. Kita menjalani hari yang sama, 24 jam sehari, 7 hari seminggu, berteduh di bawah langit yang sama, berbulan dan berbintang yang sama, menghela udara yang sama, tetap menyaksikan mentari yang satu. Tapi yang berbeza adalah antara kita dan 'mereka'. 'Mereka' hidup di dimensi yang berbeza. Di sini aku namakan ia misteri. Percayakah kau wujudnya kaum halus seperti jin, iblis dan bangsa bunian? Mereka wujud di sekeliling kita, tapi dunia kita dan mereka berbeza. Sebagai memetik kata-kata dalam kitab Al-Quran dan terjemahannya berbunyi : "He sees you, he and his tribe". Dia melihatmu, dia dan bangsanya. Tapi pandangan kita terbatas untuk melihat mereka. Aku nak cerita beberapa kisah tentang mereka dan apa yang pernah generasi terdahulu seperti datuk nenek dan moyang kita mungkin pernah lalui. Kisah 1 : Bunian Pada zaman awal 50...